Objektif Bahagian Teknologi Maklumat

  • Menjadikan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang berorientasikan teknologi maklumat dan berasaskan pengkomputeraan.
  • Memudahkan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai melalui teknologi ICT dan sistem perkhidmatan atas talian.
  • Memastikan warga Majlis Bandaraya Iskandar Puteri sentiasa peka dengan kemajuan ICT melalui latihan ICT yang berterusan.
  • Menjadikan warga MBIP membudayakan penggunaan sistem berkomputer dalam meningkatkan produktiviti melalui penyediaan aplikasi komputer.
  • Memudahkan proses kerja Jabatan/Bahagian/Unit melalui pengimplementasi sistem berkomputer sebagai salah satu bantuan (Tool) dalam proses membuat keputusan.
  • Menyediakan maklumat terkini melalui portal web yang interaktif dan berteknologi tinggi.
  • Memantapkan pengurusan ICT untuk mencapai objektif organisasi.